Pada peringkat permulaan saya hanya berminat mengumpul barangan kemas 916 untuk koleksi sendiri bukan untuk perhiasan semata-mata tapi lebih kepada pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minat ini dikongsi bersama dengan kawan saya iaitu Puan Azizah bt Aziz.
Minat yang menguntungkan ini ingin dikongsi bersama-sama rakan dan kawan-kawan supaya bersama-sama membuat pelaburan yang menguntungkan untuk masa depan. Selain itu apabila kita berminat menambah koleksi emas untuk pelaburan dapat mengelakkan kita daripada membazirkan wang kita dengan membeli barangan yang bukan menjadi keperluan tetapi sekadar memenuhi kehendak semata-mata.