HARGA EMAS FGJAM HARI INI

TREND KENAIKAN HARGA EMAS

TURUN NAIK HARGA EMAS


Trend kenaikan harga emas ialah bila ia cecah ke puncak tertinggi, ia akan turun sekejap sebelum mendaki balik ke puncak tertinggi yang baru.


Apabila harga emas turun ramai yang akan menunggu dengan harapan emas akan turun lagi. Ada yang bernasib baik dan ada yang tidak. Bila harga naik semula ramai pembeli yang kelam kabut membeli sebab risaukan harga yang akan naik lebih tinggi. Seolah-olah menjadi  trend bila harga menaik ramailah yang berebut-rebut membeli emas. 




Apabila harga memuncak ramai penyimpan akan mula menjual simpanan masing-masing. Pada masa ini harga emas akan turun sedikit tetapi akan naik semula pada bila-bila masa.


Susahnya nak pilih masa yang sesuai.Tidak perlu susah-susah berfikir bila masa yang sesuai membeli emas, ikut saja kemampuan anda, bela pada bila-bila masa mengikut kemampuan anda kerana untuk jangka sederhana dan panjang ianya tetap akan naik dan pelaburan anda menjadi sangat berbaloi.


Saya sendiri pernah berkali-kali terfikir kalaulah saya tahu kelebihan menyimpan emas sepuluh tahun dulu alangkah beruntungnya! Tapi tak apa tidak ada istilah terlewat dalam melakukan sesuatu. Mulakan langkah anda hari ini juga...Jangan tunggu lagi